Kami adalah sebahagian dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), yang bertindak sebagai mata dan telinga untuk menyampaikan dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.
Kebanyakkan program dan aktiviti kami berkisarkan aktiviti bersama
masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
MISI
Menjadi tunggak utama dalam perjuangan hak dan pembangunan pengguna islam
VISI
Melaksanakan tuntutan fardhu kifayah yang membabitkan kepentingan pengguna Islam melalui tindakan proaktif dan berstrategi
MATLAMAT
Mendidik masyarakat agar lebih bijak dan sedia maklum mengenai hak-hak mereka
SENTIASA DEKAT DI HATI MASYARAKAT
Unit sukarelawan kami akan terus turun padang untuk membantu dan mendidik masyarakat yang memerlukan serta menjadi sebahagian daripada komuniti setempat
Berteraskan moto “Bersama Kembali Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat ilmu agama dan individual professional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia
Kami menghulurkan kudrat kami
PPIM berusaha dengan gigih untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya sebagai ikthiar untuk menjana ke arah perubahan yang positif di dalam kehidupan ummah
Mendidik masyarakat Malaysia mengenai hak pengguna
Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang adalah diharapkan setiap pengguna Islam benar-benar sedar dan bersama-sama menyumbang untuk mengembalikan maruah umat Islam yang kian tercemar dan terabai.
Perubahan itu bermula dari diri kita sendiri. Jangan mempersoalkan apa yang bakal diterima. Sehingga kita lupa menyoal diri kita, apa yang mampu kita beri.
Jadi berhenti mempersoal, sebaliknya kita mulakan pengorbanan yang mampu kita beri.